Sabtu, 2 Ogos 2014

ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DARI SUDUT POLITIK

SUSUN LAPIS PEMERINTAHAN MELAKA

Pada kurun ke-15 masihi dan 16 masihi melaka telah menjadi pusat kegiatan politik di Alam Melayu,ekoran diripada sistem petadbiran yang sistemetik.
Sistem pentadbiran dimelaka mampunyai susun lapis pemerintahan mengikut heiraki pemerintahan yang mana tergolong daripada golongan yang pemeritah dan golongan yang diperintah.Golongan pemeritah tergolong daripada Raja atau Sultan,kerabat diraja dan para pembesar,manakala golangan yang diperitah pula terdiri daripada artisan,para pedagang,rakyat biasa dan hamba.Kestabilan politik melaka pada peringkat awal dikatakan bermula daripada kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parameswara yang bijak yang memeritah dan mentadbir politik Melaka.Hal ini kerana parameswara mempunyai pengalaman berpolitik dan mentadbir ,iaitu pengalaman semasa memjadi Raja di Palembang dan Singapura yang membolehkan Parameswara marancang skema untuk memajukan Melaka.

Dalam mengawal dan menstabilkan politik,Sultan memainkan peranan yang
terpenting.Sultan menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak,hal ini dapat dilihat kerana Sultan mempunyai kuasa dalam semua perkara.Cotohnya Sultan berhak
menjatuhkan apa sahaja hukuman terhadap pesalah dan penderhaka.Pelantikan Sultan
adalah bardasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan menggantikan Sultan
dalam pentadbiran negeri selapas kemangkatan sultan.
Karisma dan daya kepimpinan Parameswara tentu tidak bererti jika tanpa para pembesar. Premis kewibawaan politik dan kepimpinan yang dimiliki oleh Parameswara disokong pula oleh para pembesar dan menterinya. Sejarah Melayu dengan jelas mengatakan bahawa semasa memerintah Singapura, Parameswara dibantu oleh para pembesarnya sebagai jentera pemerintah bagi menjalankan dasar kerajaannya. Secara umum, hierarki para pembesar ini adalah seperti berikut:

(a) Bendahara
Bendahara adalah bapa mentua raja. Tokoh yang pertama menjadi Bendahara Melaka bergelar Seri Wak Raja.
(b) Perdana Menteri
Penyandang jawatan ini adalah kerabat diraja juga, iaitu Raja Anum. Gelarannya ialah Seri Amar Diraja. Sejarah Melayu versi tahun 1612 menyebut bahawa tokoh yang kedua menyandang jawatan ini ialah Tun Perpatih Besar anak Tun Perpatih Permuka Bejajar, Bendahara Singapura yang pertama.
(c) Penghulu Bendahari
Penghulu Bendahari adalah menantu Bendahara. Penyandangnya juga adalah daripada kalangan Kerabat diraja, iaitu Raja Kecil Muda dan bergelar Seri Nara Diraja.

Seperti yang telah disebutkan lebih awal, pembesar-pembesar utama ini dibantu oleh pembesar-pembesar seperti bentara, sida-sida dan para Biduanda. Kemuncak sistem berkerajaan ini ialah raja. Baginda digelar Raja atau Duli Yang Dipertuan. Gelaran Sultan mula digunakan apabila Seri Maharaja menjadi Raja Melaka yang ketiga dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Baginda dikelilingi oleh kerabatnya sendiri yang termasuk keluarganya, seorang Bendahara dan penghulu Bendahari terawal yang merupakan adinda raja kerabat yang terhampir. Tome Pires melaporkan bahawa ketika Parameswara berangkat dari Muar ke Melaka, baginda pernah berkata, “…with my wife and house.” Sistem Pentadbiran Melaka semakin berkembang dan bersistematik selaras dengan perkembangan dan kekompleksan kerajaannya. Bilangan para pembesar yang paling asas yang diwarisi sejak zaman Singapura dahulu bertambah dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan kehendak dan kehendak sosial, politik dan ekonomi semasa. Raja Melaka yang kedua, Raja Besar Muda ( Megat Iskandar Syah ) disebut oleh Sejarah Melayu sebagai ‘memerintah istiadat takhta kerajaan baginda’. Antara peraturan yang ditentukan oleh baginda ialah mewujudkan menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat di Balairung, melantik para bentara yang bertugas di Balairung dan melantik para biduanda.Tokoh yang memainkan peranan untuk melengkapkan lagi istiadat dan sistem pentadbiran ialah Raja Kecil Besar ( Sultan Muhammad Syah, 1424-1444 T.M. ) Beliau dikatakan telah ‘mengatur takhta kerajaan baginda’. Sejarah Melayu telah menerangkan dengan terperinci tentang pelbagai jenis peraturan, tanggungjawab individu di istana, memastikan berbagai-bagai bidang kuasa para pembesar, menentukan hak serta bidang kuasa raja Melaka, memformalkan amalan adat serta istiadat yang berhubung dengan peraturan berkerajaan dan penentuan protokol.
Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung dan Seri Bija Diraja. Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta corak bandar Melaka yang semakin kompleks. Oleh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping mengawal perjalanan urusniaga negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini.
Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot. Hal-ehwal pelabuhan yang semakin kompleks dengan urusniaga, dan menjadi nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-Undang Melaka meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti perdagangan.
Jawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah ( 1456-1477 ). Jawatan ini pada awalnya ‘ditempelkan’ oleh Ratu Majapahit, kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor Syah. Orang yang pertama menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah. Kedudukan jawatan ini di istana adalah setara dengan Seri Bija Diraja kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara bergilir-gilir. Oleh yang demikian, tugas dan bidang kuasa Laksamana adalah sama dengan tugas Seri Bija Diraja. Tetapi apabila institusi Laksamana ini semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf jawatan Seri Bija Diraja pula didapati semakin menurun.
Menurut huraian diatas, jelaslah bahawa sistem pemerintahan kerajaan di Melaka merupakan warisan daripada kerajaan Srivijaya. Ia hanya mengalami sedikit perubahan dari segi susunan dan nama jawatan selepas pengasasan Parameswara..





PEMBETUKAN UNDANG-UNDANG MELAKA

Undang-undang atau sistem perundangan adalah suatu cara untuk menyelesaikan
berbagai-bagai bentuk konflik dan kekecohan dalam masyarakat (antara sesama
induvidu,dikalangan antara kelompok atau antara induvidu dan kelompok dengan sistem
keadilan yang telah pun ditentukan dalam masyarakat tersebut). Di Melaka,dalam
memastikan kestabilan politik dan Negara,Kerajaan Melaka pada masa tersebut telah
mengubal undang-undang yang bertujuan untuk melancarkan pentadbiran.Terdapat dua
buah teks undang-undang tradisional di Melaka. Undang-undang yang pertama dikenali
sebagai hukum kanun melaka yang merupakan undang-undang darat melaka yang mana
merangkumi peraturan yang harus diikuti oleh semua masyarakat di melaka dan
merupakan undang-undang yang bertujuan untuk mengawal keselamatan dan keamanan
Pada mulanya Hukum Kanun Melaka ditentukan berdasarkan hukum dan adat setempat. Namun, semasa zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, Hukum Kanun Melaka ditukar berdasarkan Hukum Hudud. Ini dapat dibuktikan berdasarkan fasal 7.2 dalam Hukum Kanun Melaka;„Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka kenalah denda akan dia setengah harganya.... Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong tangannya“. Perubahan teras ini adalah disebabkan oleh pengaruh Islam di Melaka pada ketika itu. Hukum Kanun Melaka diwujudkan bagi menjaga keamanan dan keselamatan rakyat di Melaka termasuklah bangsa asing yang tinggal dan singgah di Melaka. Namun begitu, undang-undang Islam hanya dilakukan kepada orang Islam manakala bangsa lain akan dihukum mengikut agama atau adat masing-masing. Sebagai contoh, jika seorang lelaki Islam telah berzina dengan seorang perempuan cina. Lelaki tersebut akan dihukum berdasarkan undang-undang Islam dan perempuan tersebut akan dihukum mengikut adab dan agamanya. Peraturan umum seperti mencuri, merompak dan sebagainya akan dilaksanakan untuk semua bangsa di Melaka termasuklah bangsa asing. Ini menunjukkan sikap Raja Melaka yang bertoleransi dan adil dengan rakyatnya. Baginda hanya menghukum rakyat yang benar-benar melakukan kesalahan sahaja. Hal ini telah menarik bangsa lain seperti pedagang dari China dan Gujerat, Orang Arab serta ramai lagi untuk datang dan menetap di Melaka..manakala teks yang kedua pula dikenali sebagai undang-undang laut melaka atau adat pelayaran melaka.teks ini diterjemah sebagai “the maritime laws of Malacca”. Undang-undang Laut Melaka yang dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut. Undang-undang Laut Melaka mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal. Undang-undang Laut Melaka diwujudkan untuk melancarkan urusan pedagangan di Selat Melaka. Ini telah menggalakkan kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka. .undang-undang di melaka telah dilaksanakan berdasarkan hukum syarak.contohnya hukumanpotong tangan akan dikenakan terhadap pencuri yang tertangkap.hal yang demikian dirujuk berdasarkan hokum hadd dalam kesalahan jenayah pada hokum yang dikenakan terhadap para jenayah yang tertangkap. dengan adanya undang-undang tersebut,melaka telah berjaya manjadi sebuah negeri yang aman dan selamat sehingga muncul sebagai pusat politik di nusantara.


HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN CHINA


Antara faktor lain yang mejadikan Melaka sebagai pusat kegiatan politik yang
 
terkenal di Alam Melayu ialah kejayaan Melaka dalam menguasai tanah-tanah jajahannya.Bagi mengukuhkan lagi kuasanya Melaka telah menjalankan dasar penaklukkan,kerajaan Melaka telah menakluki kerajaan-kerajaan lain bagi menanbah pengaruhnya.Hal ini dapat mengukukkan lagi politik Melaka,dengan adanya pengaruh yang ramai.Malah pada masa yang sama Melaka juga akan digeruni oleh kuasa lain,yang sekaligus mengiktiraf Melaka sebagai penaung.Kejayaan Melaka dalam menjalin hubungan diplomatic dengan China juga merupakan salah satu faktor yang terpenting dalam perkembanggan politik Melaka.Peristiwa ini dapat dilihat apabila Parameswara telah menghantar utusan ke Peking pada tahun 1405 untuk menjalinkan hubungan baik dengan negeri China.Ekoran daripada penghantaran utusan tersebut,Parameswara diberi pengakuan secara rasmi pada tahun 1406,pengakuan tersebut disertakan dengan penyerahan cop mohor,persalinan pakaian daripada kain sutera dan payung kuning.Pada masa tersebut negeri China dikatakan negeri yang mepuyai kuasa yang terkuat di asia.dengan menjalinkan hubungan dengan China,Melaka mendapat perlindungan daripada China.Hal dapat menjamin keselamatan Melaka,khasnya daripada ancaman Siam. Ini dapat dibuktikan apabila laksamana Cheng Ho yang diutuskan oleh kerajaan China untuk ke Melaka telah diarahkan untuk singgah di Siam dahulu yang bertujuan untuk memberi amaran kepada Siam supaya tidak menyarang dan menancam Melaka kerana Melaka telah diiktiraf dibawah naungan China.